Birth in my country

Cucu Mendermakan Sel Stem Untuk Datuknya Setelah Menghidapi Strok

Kisah ini pada asalnya telah diterbitkan oleh Rodinná Banka Perinatálních a Mesenchymálních Buněk (Family Bank of Perinatal and Mesenchymal Cells) di Czech Republic.

The Granddaughter donated Newborn Stem Cells to her Grandfather after a StrokeBapa kepada Lucie Pínová yang berumur 60 tahun ini telah menghidapi strok yang serius sejak September pada tahun 2018. Berdasarkan Organisasi Strok Dunia, satu daripada empat orang dewasa yang berumur 25 tahun ke atas akan menghidapi strok dala kehidupan mereka. Tahun ini, sebanyak 13.7 juta orang sedunia akan mengalami strok pertama mereka dan 5.5 juta daripada mereka akan menghadapi kematian disebabkan strok1. Di Amerika Syarikat, pada setiap 40 saat, seorang rakyat Amerika akan menghidapi strok.2,3.

“Ayah telah menghidapi strok sejak dua tahun lalu dan lapan jam kemudian ibu telah menjumpanya dia dalam bilik tidur. Ayah telah sedar, namun keadaannya agak kritikal.” Bapa Lucie telah dibawa ke hospital berdekatan dengan Brno, Czech Republik di mana dia telah menerima rawatan untuk mencairkan darah beku di arteri karotidnya. Kesan daripada strok telah menyebabkan hemisfera otak kirinya menyebabkan lumpuh di bahagian kanan badannya serta memberi kesan dalam fungsi percakapannya. Setelah sebulan di hospital, doktor-doktor memaklumkan pihak keluarga bahawa tiada lagi usaha yang dapat mereka lakukan dan sudah tiba masanya bagi pihak keluarga untuk membawa ayahnya pulang ke rumah ataupun membawanya ke pusat penjagaan jangka masa panjang.

“Para doktor sering memaklumkan kami yang ayah akan manjadi kurang upaya selamanya dan tidak akan mengenali kami lagi kerana dia akan terlantar sakit dan tidak boleh hidup secara berdikari lagi.” kata Lucie.

Lucie enggan membiarkan ibunya mendedikasikan hidupnya untuk menjaga bapanya yang cacat teruk.

Pihak keluarga telah mengaturkan agar bapanya ditempatkan di institut rehabilitasi di Klasruby (kawasan timur Prague). Di sana, bapanya menjalani sesi rehabilitasi fizikal, mempelajari tentang kebersihan diri, cara memakai pakaian serta belajar untuk makan menggunakan tangan kiri. Di sana, bapanya juga mempelajari cara menggunakan kerusi roda dan berjalan semula dengan bimbingan staf.

“Saya tak merasakan ia sebagai suatu peningkatan”, kata Lucie pada permulaan sesi rehabilitasi dilakukan kerana dia kecewa akan progres yang hanya mementingkan skil fizikal dan bukannya skil kognitif.  “Ayah tidak mengenali warna, tidak boleh membaca dan juga tidak mengetahui nombor… Saya tidak boleh menerima keadaannya sebegitu,” tambahan Lucie.

Pada April 2019, Lucie pernah menyaksikan sebuah rancangan tv realiti Pošta pro tebe, di mana seorang lelaki telah menceritakan tentang pemulihannya setelah melaksanakan terapi sel. “Sejak itu, saya mula perasan akan kewujudan terapi sel. Saya mula membuat kajian mengenai bagaimana tali pusat dan sel darah marah boleh digunakan dan apa yang ia boleh perbaiki”, kata Lucie. Dia juga telah menghubungi klinik-klinik sel stem disekitar kawasan Czech Republik dan Slovakia.

Terapi dengan menggunakan darah dan tisu dari tali pusat

Lebih kurang sebulan kemudian, pihak keluarga telah membawa si bapa ke klinik di Slovakia untuk menjalani terapi menggunakan sel stem. Kata Lucie, “Saya memilih klinik di Malacky kerana mereka menggunakan sel neonatal yang diambil dari tali pusat beserta tali pusatnya sekali dalam rawatannya. Secara logik, saya percaya sel yang baharu ini lebih bagus digunakan daripada menerima sel yang lama”.

Terapi tersebut menggunakan kedua-dua  sel stem hematopoietik dari darah tali pusat bersama  sel mesenchymal stromal yang diambil daripada tisu tali pusat. Sel-sel ini dibantu oleh infusi intravena melalui suntikan intratekal di dalam terusan tulang belakang.

Prosedur pertama terapi ini adalah dengan menggunakan  sel penderma yang tidak berkaitan. Tambahan kepada terapi sel, bapa Lucie juga akan meneruskan terapi fizikal bersama pakar. Pada tahun 2019,  bapa Lucie telah menetap untuk prosedur kedua kedua bagi sesi terapi di institut rehabilitasi di Kladbury; di mana staf-staf masih mengingatinya dari sesinya pada tahun yang lepas dan menyatakan bahawa progresnya sangat memuaskan hati. Sebagai contoh,  kebolehannya untuk berjalan bertambah baik sehingga tidak memerlukan sokongan.

Yang paling penting bagi pihak keluarga ialah  penambah baikkan dalam skil kognitif bapanya yang sangat cemerlang. Dalam terapi percakapan, bapa Lucie makin berupaya untuk menguasai kebolehan untuk menyebut perkataan yang disuruh oleh pakar terapi. “Saya dapat lihat perbezaan dalam rutin hariannya yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Apabila serpihan makanan tertumpah, dia akan berhenti makan dan mula membersihkan sepahan yanh dibuatnya” kata Lucie.  

Pada penghujung tahun 2019, iaitu ketika prosedur kedua terapi, sel yang digunakan adalah daripada cucu perempuan pesakit. Dengan pemulihan yang dicapai pada terapi pertama, prosedur kedua dipercepatkan. Namun, setelah Lucie hamil pada tahun 2019, orang sekeliling bersetuju untuk menantikan kelahiran cucunya agar cucunya dapat mendermakan darah dan tisunya kepada datuknya.

“Apabila kami tiba di Slovakia buat pertama kalinya, saya telah memberitahu ayah yang dia bakal menerima seorang cucu perempuan supaya dia kekal bermotivasi dan cuba sedaya upaya untuk sembuh agar dia dapat menjaga cucunya apabila dilahirkan. Dari kali pertama saya melihat laporan di TV, saya tidak pernah putus harapan bagi penyembuhan ayah. Dan saya dapat melihat yang ayah ingin pulih dan hidup seperti normal dan saya tidak berputus asa.

Lucie Pínová menasihatkan kepada bakal ibu dan bapa agar: “Saya rasa sebagai seorang ibu, mereka haruslah tahu ketika mengandung, apakah yang boleh dilakukan sekiranya kita menyimpan tali pusat anak-anak. Kita tidak akan tahu apabyang bakal ditimpa ahli keluarga kita pada masa akan datahg dan bila kita perlukan sel-sel tersebut. Sekiranya saya hamil semula, saya akan semestinya menyimpan darah tali pusat."

Terjemahan disediakan oleh: StemLife Berhad

StemLife Berhad - Because life is preciousReferences
1. World Stroke Organization. Learn About Stroke. Accessed Jan. 2020
2. Virani SS, Alonso A, Benjamin EJ, et al. On behalf of the American Heart Association Council on Epidemiology and Prevention Statistics Committee and Stroke Statistics Subcommittee. Heart Disease and Stroke Statistics—2020 Update: A Report From the American Heart Association. Circulation 2020; 141(9):e139–e596.
3. CDC. Stroke Facts. Last updated 20200908

Back to Top